Cloud Computing
Pengenalan
Pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari nanti aplikasi komputer seperti word processing, spreadsheet dan image processor boleh didapati secara web dan juga boleh didapati tanpa perlu beli lesen. Perisian-perisian seperti ini dijual dan ada bil seperti bil elektik atau bil air.
Lebih lanjut mengenai Cloud computing, search dalam google dan taip keyword “cloud computing”
Pengguna boleh capai semua aplikasi tersebut secara online dimana-mana sahaja. Teknologi ini akan menjadikan matlamat Mobile Office satu kenyataan. Data pengguna juga boleh disimpan di dalam server dan dicapai secara online.
Syarikat-syarikat gergasi dunia IT seperti Google.com, Amazon.com dan IBM telah mula membuat pembangunan dalam Cloud Computing. Contoh yang telah dibangunkan oleh Google.com adalah seperti Google Earth, Zoho Office, Saleforge.com dan banyak lagi. Mereka telah memperkenalkan SaaS (Software as a service) bermaksud perisian komputer telah dikategorikan sebagai service dan bukan lagi sebagai alat.
Kebaikan kepada pengguna adalah tidak perlu buat maintenance kepada perisian tersebut. Pengguna tidak perlu lagi diganggu oleh update dan patches yang dikeluarkan. Pengguna juga tidak perlu lagi memikirkan untuk membuat instalasi perisian sekiranya hendak digunakan. Semua perkara ini telah diambilkira oleh service provider atau syarikat yang menawarkan SaaS tersebut.
Kebaikan kepada pihak pembekal atau SaaS provider pula mereka hanya perlu menyenggara satu perisian dan server sahaja. Segala update dan patches hanya perlu diinstall pada server sahaja. Dengan ini kos penyenggaraan akan menurun dan sekaligus harga perisian juga akan turun.
Oleh
Hasri Hassan
