Logo Halal yang tidak diiktiraf oleh KerajaanMalaysia bermula 1 Januari 2012
Logo Halal Tahun 2012, Menjadi kesalahan oleh mana-mana perniagaan yang menggunakan selain logo ini di Negara Berdaulat Malaysia. Mereka yang mengatakan prosedur mendapatkan halal sangat ketat dan susah bolehlah jangan ambil tahu tentang halal haram dan jangan menipu dengan mempamerkan logo halal tiruan.
Jika peniaga rasakan mereka perlu bergantung kepada “Halal” untuk survival perniagaan, rujuklah JAKIM dan ikutlah prosedur yang digariskan atau berdepan dengan tindakan Undang-Undang.
Kesalahan RM250,000.00 bagi organisasi dan RM100,000.00 bagi individu ATAU 3 Tahun Penjara ATAU kedua-dua sekali.
Hubungi JAKIM untuk aduan di 03- 8135 0200 / 8305 0292
“Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.”
Sumber : http://www.halaljakim.gov.my/
