MOH Team Building- 3 Disember 2008
“uitt ada enam belas juta ribu uma la…ko amik ujung tau…nih aku puye ek..”
Salam Aidilfitri kengkawan dan bos-bos. Pada Ramadhan lepas, aku, Hj Norzaman, Puan Wahida dan Puan Aini Hamimi berpeluang survey tempat untuk team building tahun ni, kali ni fasilitator cun gak la yang akan conduct our session. Che Jamilah Mohamed (A certified NLP (Neurolinguistic Programming) Practitioner ) dan pembantunya dari PBT CONSULTANTS SDN.BHD, Level 36 Menara Maxis Kuala Lumpur akan bersama sesi TB kita nanti dalam “Program Membangun Insan & Pasukan Cemerlang”
Sesi TB ini bermula pada 3 Disember dan sesi akhir tamat pada 19 Disember 2008. Jenis bilik adalah : Seroja (1 Queen), Dahlia (1Q,1S), Tanjung(1Q,1S), Cempaka(1Q,1S), Kenanga(1Q,1S), Melur(1Q,1S), Teratai(1Q,1S), Melati (3 katil) dan Mawar (1 katil) :(Semua ada Aircond, kalau nama lain tu xda aircond la) Bungalow Takda Aircond : Sri Ashida (1Q), Sri Asila (1Q), Sri Ayesha (1Q 2s), Sri Alani (1Q 2s), Sri Azrin (1Q) Standard Takda Aircond : Rajawali (1Q2s), Belatok, Camar, Jelatek, Puyuh, Serindit, Tekukur, Tempua, Kenari, Enggang .(Std 4 katil)
- Sesi 1 – 3 hingga 5 Disember 2008,
- Sesi 2 – 10 hingga 12 Disember 2008,
- Sesi 3 – 17 hingga 19 Disember 2008
D’Ark Training & Resort Sdn.Bhd. (d_arkresort@yahoo.com) +609-233 0682
Aku telah dilantik jadi Urusetia Sesi 2 bersama dengan Puan Wahida. TB kita kali nih diadakan di D’ARC Training and Resort Janda Baikk puyerrr (dafi ckp baikk puyer…ala-ala manja sket hehe). Kalu korang belum pernah g sini…senang jek..haha aku pon tak penah g just first time jek sampai..kira condition tempat nih selesa la..macam istana seri menanti kat seremban tu. Nih ada picture untuk korang imagine tempat tu :
”Nih sape bos nih..mcm aku kena tebiu jek”
:: 3 Urusetia sibuk memberi undi sms terhadap fasiliti D’Ark
Puan Aini : “Oitt Sape tu…orang ke kerbau?..kalau kerbau ckp kerbau, kalu orng ckp orang!!”………..cik kerbau : “kerbou la kak“…..Kat sungai ni la cik kerbau berkubang…kadang2 kawan2 kerbau pon join reramai..Mail kerbau je xda. Firasat pakcik kan, mesti air terjun tinggi 60 meter berdekatan kalu tengok sungai nih…sebab air sungai laju gak..tapi tak sempat survey la. Nama airterjun tu ULU TAMPIK “14 -tier waterfall located within 15 minutes drive from the resort and 30 minutes walking distance to the magnificient nature beauty“
METODOLOGI:
Program ini memuatkan aktiviti di dalam dan juga di luar bilik seminar. Peserta akan melalui aktiviti simulasi yang mendedahkan mereka kepada pelbagai pengalaman yang berbeza dan mencabar bagi menjana potensi peserta di dalam suasana berbeza di luar zon selesa bagi mencapai satu matlamat yang sama. Pengalaman ini akan mendedahkan mereka kepada konsep saling bergantung, mempercayaai dan komunikasi efektif di dalam pencapaian matlamat pasukan.
OBJEKTIF :
-
Memahami konsep dan kepentingan saling bergantung bagi mencapai kecermelangan bagi individu, pasukan dan organisasi.
-
Mengalami pengalaman yang meningkatkan rasa saling mempercayai, memahami dan komitmen antara satu sama lain dan pasukan.
-
Mempelajari cara-cara membina sikap yang positif biarpun terpaksa berhadapan suasana yang sentiasa berubah, penuh ketidakpastian dan egative.
-
Memahami konsep dan kepentingan merancang, menyususn atur, mengurus, membina motivasi dan komunikasi yang terang dan jelas dalam pencapaian prestasi pasukan.
-
Belajar menanggani perubahan dan mencapai kecermelangan dengan sumber yang terhad.
-
Mengenal pasti kaedah pembaikan, nilai-nilai komunikasi dan pendekatan yang diperlukan bagi membina pasukan dan organisasi cemerlang.
-
Merasa dan mempelajari kaedah untuk lebih komited dan menyintai pasukan, organisasi dan matlamat organisasi.

Kalu lihat dari depan memng cantik la..serba serbi kita kembali ke zaman dulu2…kira selesa la dengan suasana kampung nih. haha sungai ni la port cik kerbau, tapi dia malu plak masa sesi bergambor…tu nampak telinga cik kerbau kat dedaun…
Ni la pemandangan dari pintu masuk..cantik kan, nih bukan promote D’Ark tp memang bnyk aktiviti ble buat di sini.Kalau nak park keta pon luas dan selesa. Gambo nih aku amik dari pagar utama. Tu Pejabat Pentadbiran dan di bawah rumah tu bole bersantai2. Jom la kita sama2 bercuti di D’Ark ek.
Ni Dewan untuk kursus, buat latihan ke atau aktiviti dalaman. Bole memuatkan 50 orang dalam satu masa kot . Gambo dewan makan di bawah ni tapi tak bukak lagi, maklumlah Ramadhan. Keseluruhan perjalanan keliling D’Ark tak la memenatkan sebab byk tumbuhan, ruang rehat dan bebunga yang cantik2…romantik D’Ark nih







miss_slum said,
3 November, 2008 at 1:27 am
http://www.travel-library.com/cabinchalet/asia/malaysia/janda_baik/seri_pengantin_resort.html