Archive for September, 2008

Berbuka di Singgahsana PJ/ KL Downtown

Posted by Abd Rahman Sirat on 20 September, 2008

Hari ini Sabtu, 20 Sept atau 20 Ramadhan aku berpeluang spent masa berbuka di hotel Singgahsana Petaling Jaya, Banyak makanan dan minuman antara favourite aku ialah daging kambing panggang. Tapi kurang sedap la jika di banding di Hyatt Regency Johor Bahru. Harga seorang dewasa ialah RM59, warga emas/kanak2 ialah RM 29.50. Pada aku berpatutan la harga tu. Suasana selesa, toilet bersih dan surau pon luas di tingkat atas.

Selain makan jek, ada Kumpulan Rabbani menghiburkan… Lepas berbuka aku pekena teh tarik lagi, kira gelas ke 4 hehe. Ada gak kumpulan nasyid remaja dan paling besh ada petua dan nasihat. Macam ceramah kesihatan la sambil kami menjamu selera.

Pentas

Pentas

Apa yang disentuh ialah pemakanan sayur bendi untuk ingatan akal yang kuat. Bagi studen tu tak digalakkan makan otak udang/ikan sebb cepat lupa terutamanya belacan hehe. Rating aku untuk buffe di hotel ini ialah 6.5/10 la. Dalam jam 9 malam, aku selesai makan la.

Lepas tu aku gi KL Downtown di Cheras. Yes, ini adalah hasil penjenamaan atau branding dalam bisnes Melayu . Mereka yang buat bisnes dalam tailing persatuan lebih cepat growth dan cepat dikenali. Aku melihat usahawan Melayu di KL mengamalkan business approach yang matang dan up-to-date-market survey. Rebranding mampu menggalakkan inner strength sesuatu kelompok bisnes bertahan lama. Hopefully this patern of bisnes dikekalkan untuk ekonomi  Melayu di KL atau mane2 bandar la. KL Downtown Cheras~beshh gler ar. Kira seronok la shopping dan dealing bisnes orang Melayu nih. 1st yang aku respek ialah akad dlm bisnes. Benda akad ni penting nak dealing. Its easy ckp “Saya jual” & “Saya beli”. Rata-rata peniaga yang aku beli barang sumenyer mesra dan membantu. Just parking space jek yang kurang. Woooh dekat 2Km aku park keta. Nak mengurut kaki pon ada di Downtown Cheras..cuma RM20 untuk setengah jam. Kira ok la. Nak dengar lagu pon ada hehe. Seronok gler la dengan DJ keep playing lagu raya tak henti2. Tapi aku sempat beli TShirt, spek dan aksesori hp jek.. Nati da gaji aku datang lagi ok.

Posted in Lain-Lain | 2 Comments »

Salam Ramadhan

Posted by Abd Rahman Sirat on 19 September, 2008

Salam Ramadhan kawan-kawan. Sempena bulan ramadhan menghampiri Syawal, aku menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf  zahir dan batin atas salah silap kepada mereka yang mengenali aku,

Bagi rakan-rakan yang ingin pulang ke kampung dengan memandu, hati-hati la di jalanraya , laut dan udara. baca doa sebelum meneruskan perjalanan. Bagi warga Kuala Lumpur sekitarnya yang ingin pulang ke desa menggunakan platfom puduraya, singgah-singgah la kedai kasut Jukebox (klik) berdepan puduraya tu untuk beli kasut anak sedara ke, adik-adik ker atau selipar sedekah masjid ke semua ada, harga memang murah dan berbaloi dengan wang anda.  Selain membeli belah, kita pon sama-sama lah membantu perniagaan rakan-rakan Islam kita yer. Masa operasi 10 pagi – 10 malam dan pada hari perayaan ni, kami tutup hingga 12 malam mengikut keperluan pelanggan.

Posted in Lain-Lain | Leave a Comment »

Aku merantau selepas SPM

Posted by Abd Rahman Sirat on 18 September, 2008

Hmm aku nih da start bekerja pada umo 16 tahun. Masa tu nak beli basikal racing la, pastu nak bayo tusyen di Pusat Tusyen Dinamik Jalan Mohd Salleh..kira zaman tu basikal racing nih setaraf dengan Motor RG/ Yamaha SS2 la. 1st keja masa tu aku dengan kawan  India.. namanyer Sathyan a/l Silvaindran.. kat STBP, kami panggil nama bapa jer. Kira panggil biasa la (walau keja, kami bedua best studen 1995 tau). Aku dengar dia lawyer sekarang. Kalau terjumpa@ kenal, plz kontek aku ek. Ok la 1 st keja , kami berdua ialah jadi kedi golf, mengangkat kayu golf ikut player pusing padang. sekali pusing RM10..beso tu masa tu.

Aku pon tak paham pukul2 bola pastu ikut lagi, pukul lagi pastu kejo lagi. Bayangkan la masa tu panas2 suam. berpeluh gak aku angkat. kayu golf dulu bukan main berat yer..Hehe tp sekarang aku pon pandai main golf la.. Da tau kira pointer. Aku main dengan kwn pejabat namayer Mohd Hasri.. Hah set golf Dunlop tu kami kongsi beli la. Nak men sm just roger ek..Golf beshh rupayer. :)

Masa tunggu SPM, aku keja la di The Store Taman Bukit Pasir, The Store Summit Parade pon penah. Kat sini la aku kenal Mr Yap. orang yer lembut2 sket. Dia selalu makan magi tapi pengurus besar. Dia nasihat aku, nak kaya kena rajin dan saving, bukak bisnes. Penah dia cakap buat ape belaja tinggi kalu tak kaya. Satu ari aku ponteng, dia panggil ke pejabat. Senang jek dia ckp, kalu ko pandai, ko kira % komisen bahagian Gents. Aku pon kira la..Yang lawak yer sekejap jek aku kira stock balance, masa tu baru aku tau untung dalam 40%-65% setiap pakaian, time tu la dia respek aku, Dia cakap:  ko keja bank bagus la..jangan keja sini lagi..Pastu kami jadi geng la..Paling mahal aku belanja dia burger daging $1.80 sebab tak marah aku ponteng.. Sekarang Mr Yap da bukak kedai seluar jeans di Bustand Batu Pahat.. aku pon dia kenal lagi..tapi dia cakap kalu dia kaya  pon, dia bagi aku diskaun, bagi jeans sori la hehe..

Lepas SPM, aku malas belajo walau dpt offer Foundation MARA-Australia, Kuittho dan Uitm Segamat..Sebab menyahut cabaran Mr Yap, aku keja Maybank Taman Sembrong Yong Peng la. Masa tu dpt offer BSN jalan Ampang gak, so pilih bank yang best la. macam senang jek ek dapat keja, tp aku nasihat la, nak keja apa2 korang mesti pandai speaking sket2..mesti Manager tu kagum….hehe aku Keja jadi Clerk Cheque jek, gaji RM890 je (1996)..elaun lain lupe.. Huu aku penah angkat duit berjuta-juta RM dalam peti besi tu.. ada duit syiling tu pai tak mampu aku pikul..berat gler!!!

Keja sekejap jek, pastu aku gi JB, 1st keja kat JB jadi teknikal makmal..hmm macam2 aku test, PH, Alkali, resistent to chemical, apa2 la test ikut Britain/American standard. Company ni kontrak dgn KKM..korang kena Sains pandai baru ble further farmasi…keja nih setaraf sijil farmasi la tp Singapore  bukan JPA recognize ek. Bab ubat, chemical,ubat batuk sume aku blaja gak.

Nak tau cite, aku nih keja kadang2 dlm sehari tu 3 company aku bole pulun, Excited keja kan, skrg letih ar nak pencen rasaye. Aku pon penah keja Promoter pakaian sport Forest/Cheetah di The Store Taman Sentosa JB, Syarikat Pharmaceutical, Titan Oleochemical Group Pasir Gudang, IIS Transportation (Perkapalan Japan) di Pasir Gudang, Sub kontraktor mesin rumput tepi highway, McD, Marrybrown, Pizza Hut Angsana dan macam2 lagi la. Bisnes CyberCafe pon penah dekat Politeknik Pasir Gudang. Bisnes ni la yang buat aku kerugian beribu ringgit, bukan rugi tapi aku decide to further UTM atas arahan, hurm pai sekarang baru nak setel utang.. tp pada aku jika mampu apa saja kita boleh dan kalau tak mampu beri peluang pada orang lain buat. Jangan Tamak xelok lagi pon mak marah ek. Jika nak buat apa2 keputusan, jgn sebab wang..pikirlah lebih luas lagi..bukan lu pikiq la sendiri ~nabil ckp tu.. xsuai nyahhhhh….owh2

So keja rerajin jgn men internet jek :)

Posted in Aku puye LifE | 1 Comment »

Zaman Sekolah AittSkool

Posted by Abd Rahman Sirat on 18 September, 2008

Sapa dak Johor angkat tangan??? sebab korang nak tau sekolah aku, aku cakap jek ..tapi aku cakap tak dengar plak..hmm aku tulis yer.. Aku sekola dulu memang budak baik tau..kalau sekolah ada 320 hari setahun mesti aku datang 350, atau lebih..Sebab aku nih aktif berpesatuan. Persatuan tu rahsia,,nati la aku cite..

Nama Sekolah aku Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sekolah ni dekat dengan Masjid Jamik, Stadium, Balai Polis, Jabatan Pelajaran tu depan jek.. Hospital  Taman Soga pon dekat. Aku masuk sekolah ini tahun 1990. masa tu Form One la.. Tahun 1994, kira tahun honeymoon. Sekolah ni banyak jasa yer. Dan cikgu yang paling aku suka ialah Mr Tan Kok Wee, Mr Ooi, Cikgu Hamidah Baba, Puan Salwa..hmm yang lain da lupa la. Tapi aku nih selain pengawas, aku juga wakil kelas berturut-turut setiap tahun mesti orang pilih aku. Aku nih kira fleksibel la, bertanggungjawab hehe. Cikgu Masiran la cikgu kelas aku terakhir. Aku nih ingat jek dia, tapi tak tahu nak cari maner. Korang kalu lepas sekola, keja cikai2 mesti la segan nak jumpa cikgu lama.. macam aku la, lepas SPM jek keja The Store sekejap.. penah terserempak cikgu lama tapi aku menyorok hehe.. sekarang da mula terkenang jasa diorang plak :)

Posted in Aku puye LifE | 2 Comments »

Selamat Datang ke Blog aku

Posted by Abd Rahman Sirat on 18 September, 2008

 Aku yang pakai baju melayu tau

Selamat datang ke blog aku, da lama aku bercadang membuat satu blog khusus tetapi kerana masa tidak mengizinkan tambahan pula nak exam ukm, ujung minggu kena balik kampung mesin rumput, gi pasar dan banyak la lagi keja aku. Ini pon syukur da kira ada masa, kalau masa bujang dulu lagi kerap pegi camping (bukan kempen) ya…. hmm banyak la aktiviti aku..kira jarang org Batu Pahat bole buat blog nih hehe…. da baca tu tepuk tangan la…nih bukan chobaan ,,ini betul2 la…

Korang ada perasan tak sekarang ni bulan ramadhan..da pose cukup ker??

Bulan Ramadhan ni ingatkan aku masa aku belasan tahun dulu..Bayangkan la masa tu duk di JB..tiap-tiap hari bulan pose ke Pekan Nanas nak meracik ayam hutan..dia lebih kurang kita pegi berburu ayam hutan la..Kalau berburu tu paling dekat berjalan adalah 3 KM..Hidup aku memang suma benda nak buat..kalau ada senapang masa berburu tu..jangan la nampak benda bergerak kat semak, mesti aku tembak. tapi nak tembak mesti la baca Bismillah dulu sebab kat hutan nih banyak benda pelik. Masa aku keja Maybank ada la rapat dgn pakcik guard tu memang ada lesen senapang, penah gak offer ikut dia tp gi Mersing/Kota Tinggi tu jauh r. Tapi aku just berburu masa bulan puasa @ takde keja sebab bulan berkat nih, syaitan da dibelenggu. Ajak memancing sori ek , aku tak minat..

Ada satu hari tu kami berburu bersama ustaz rock. Memang dia ustaz betul just masa tu nakal (aku kurang nakal sket la haha) . Yang bagusnya , semua silat dia da khatam…Ada ker ustaz tu tak pose masa g hunting, tp aku maintain jek..hurm nih cite bebudak dlu, skrg da baik la..korang penah makan ayam hutan? haha mesti tak penah kan..benoye tak sedap pon, tp kepuasan tu no money can buy it!

Satu lagi bulan pose nih…korang tak penah mandi air terjun kan,. walau tau makruh tapi mandi gak..tapi aku biasa mandi kat Air Terjun Gunung Pulai dalam 8 KM dari Pekan Nanas. Masa study, mesti penat, so jom la mandi petang2 tu. Tapi pai sekarang lepas mandi , aku lupa nak tutup paip, tu pasal terjadinya air terjun pai skrg. . Yang best yer orang Johor nih bole berlagak dengan orang Singapore..diorang mana ada air terjun..air longkang pon filter..kita jer kurang bersyukur bab air nih.

Posted in Aku puye LifE | Tagged: | 5 Comments »